Singapore Trophy Shooting Game

Friday, 23 December 2011
Pada 15 - 19 Dec 2011 atlet NST telah menjalani latihan di Safra Indoor Air Weapon Range, Singapura. Atlet yang terlibat ialah Jasmi, Suresh, Ika dan Atie dan disertai Coach Faiz dan Coach Fendi. Pada 18 dan 19 telah berlangsung Pertandingan Air Rifle dan Air Pistol.

Kami menginap di Cangi Beach Club Resort dan untuk keluar makn kami harus berjalan kaki kira2 1.5km.. Hahahah.. pergi bali dah 3.0km.. memang berotot la peha.  Perjalanan dari tempat kediaman kami ke range dalam anggaran 30 jam masa perjalanan. Setiap pagi 7.30 van dah tunggu dan balik dijemput pada jam 4.30 ptg..

"Kak, akak dah lama bawak kereta?"          "Eh.. dah lama da, 6 tahun da."

Hotel Kami !


Range Kami !


Alhamdulillah kami membawa pulang trophy untuk Negeri Sembilan :-
Suresh - GOLD air pistol individual (open category)
Jasmi - BRONZE air pistol individual (open category)
Atie - GOLD air rifle team (under 17 category)

Winners for Individual Air Pistol Open Category

Winners for Team Air Rifle Under 17 Category

Congratulation to all NST shooters that won.. 
who didn't no need to cry early because our way is still long.. 
keep that spirit to be a no 1 shooter !












LISRAM, Langkawi

Tuesday, 13 December 2011
Tahniah buat Jasmi dan Suresh kerana tercalon dalam senarai program ini. Mereka ke Langkawi pada 1Dec - 10Dec 2011 untuk menjalani latihan bersama penembak negeri lain (junior) dan lebih di ambik perhatian penembak pelapis kebangsaan.. Hal ini adalah satu peluang bagi mereka untuk menunjukkan kemampuan mereka supaya boleh diserap masuk ke dalam program pelapis kebangsaan MSN.

Latihan dijalankan di Langkawi International Shooting Range Malaysia (LISRAM). Walau pun berbeza latar belakang berbeza negeri namun semangat kesukanan yang ditunjukkan semua atlet terlibat dalam bergaul dgn baik dan tiada masalah. Program sebegini merupakan kali pertama dianjurkan oleh MSN.


Pelbagai aktiviti yang dirancang untuk atlet antaranya kelas berkenaan relaxation dan nutrition, aktiviti relaxation di pandai cemang dan melawat KD Jebat (LIMA)




Pada malamnya pula sebelum berangkat pulang. BBQ diadakan bersama altet perahu layar selepas majlis doa selamat



Semoga program sebegini dapat dilanksanakan lagi.
Agar bakat2 baru dapat diberi peluang.







Sport Excel 3rd 2011

Monday, 15 August 2011
Perjalanan Pertandingan berjalan dgn baik dan jayanya. Yang kurang pada kejohanan yang lepas dibaiki dan yang terlebih dikurangkan. Alhamdulillah rezeki dari Allah Negeri Sembilan membawa pulang 1 Emas, 2 Perak 1 Gangsa.

Gold Individual Standard Pistol 25 Meter
Silver Individual Rapid Fire Pistol 25 Meter
Silver Individual Air Pistol 10 Meter
Bronze Individual Free PIstol 50 Meter



Tahniah buat pemenang dan yang lain jangan pernah berputus asa. Teruskan usaha dan attitude yang terbaik. Kekalkan dan tingkatkan performance anda semua

Walau banyak cabaran dan halangan. Kita as NST akan langgar segalanya bersama, rempuh semuanya bersama kerana apa yang penting adalah matlamat kita. Kita buat dan biar org terdiam!

Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 2/2011 Johor

Saturday, 16 July 2011
 Tempat : Lapang Sasar Menembak Batu Pahat, Johor
Tarikh : 6 - 9 Julai 2011

Rabu 6 Julai
Pergerakan dari Range Mantin ke Johor kira-kira jam 9.00 pagi dari MSNS Paroi. Atlet yang terlibat dalam kalangan bawah 16 tahun iaitu Mad, Najmi, Ammaar, Syakir, Zatul, Ika, Fatin, Atie dan Nieti diiringin Coach Faiz, Coach Fendi dan En. Othman. Kami sampai ke destinasi sekitar jam 3 petang dan penginapan kami di Hotel de Perdana Hill

Khamis 7 Julai
Pihak Johor menyediakan waktu latihan dari pagi hingga tengah hari. Peluang ini kami gunakan dengan sebaik-baiknya kerana pertandingan bermula pada jam 2 ptg. Acara 10meter Air Rifle Women bermula sekitar jam 6 ptg barulah selesai.

Jumaat 8 Julai
Acara 10m Air Rifle Man dan Air Pistol Man dijalankan. Semua atlet menunjukkan prestasi yang tetap. Najmi telah berjaya memecah rekod peribadinya dan ini merupakan kejohanan keduanya. Tahniah! semoga usahanya semakin jitu.

Sabtu 9 Julai
Acara terakhir berlangsung iaitu 10meter Air Pistol Women. Kali ini team perempuan telah berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk Negeri Sembilan dan ini adalah pingat pertama untuk mereka bertiga. Semoga dengan kejayaan ini mereka akan tingkatkan lagi usaha dan tidak berasa selesa. Tahniah!




Writer : Zatul
 Editor : Jasmi

Gotong-royong di Range

Wednesday, 29 June 2011
Rabu - 29 Jun 2011 gotong royong telah diadakan di range mantin dan yang melibatkan atlet-atlet menembak Negeri Sembilan dan jurulatih. Seperti biasa untuk memudahkan dan melancarkan lagi tugas dibahagi kepada 3 kumpulan. 10 meter, 25 meter dan 50 meter. Selain memupuk nilai berpasukan, kemesraan juga dapat diwujudkan antara kami seperti sebuah keluarga.

Apa yang penting?? TEAMWORK!! 

50 meter
10 meter
25 meter

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK 2011

Saturday, 25 June 2011
Kem ini telah berlangsung pada 13 hingga 17 jun 2011 diadakan di Lapang Sasar Menembak Ayer Keroh, Melaka. Kontijen Negeri Sembilan telah menghantar seramai 4 orang atlet yang berumur bawah 16 tahun iaitu Zatul, Ati, Ika, Mad dan diiringi Coach Faiz. Kami sampai di Melaka sekitar jam 12 tengah hari. Setiba sahaja kami di Melaka, semua senjata didaftar masuk di range Melaka. Pada malamnya, kami terlibat dengan ceramah berkaitan pemakanan sebagai ahli sukan. 

Pada 14 Jun, kami menjalani latihan beramai-ramai bersama kontinjen negeri lain. Selepas selesai sesi latihan, kami menjalani ujian kecergasan yg dikendali oleh pegawai ISN Melaka di Komp. Belia & Sukan. Pada sebelah malam pula kami menghadiri ceramah tentang fisiologi.

15 Jun, pertandingan Air Pistol dan Air Rifle berlangsung. Selepas itu kami berlatih dalam suasana akhir untuk persiapan keesokkan harinya. Pada sebelah malam pula, ceramah mengenai persedian fizikal dijalankan. Pertandingan akhir telah diadakan pada 16 Jun dan percapaian terbaik ialah Mad mendapat kedudukan ke-2 dan Ati kedudukan ke 6. 

Selepas selesai peringkat akhir kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Bandar Hilir, Melaka. Pada sebelah malamnya kami menghadiri ceramah terakhir kami iaitu mengenai psikologi.

17 Jun adalah hari terakhir kami di Lapang Sasar Menembak Ayer Keroh, Melaka. Kami tiba di range Mantin sekitar pukul 11 pagi. Segala pengalaman dan ilmu yang kami timba di Kem Bakat Sukan Menembak 2011 ini akan kami kongsikan kepada ahli pasukan yang lain 

1 Team 1 Spirit!

Writed by Zatul

Kem di Range, Lapang Sasar Mantin

Friday, 10 June 2011
Pada 8 Jun 2011 - 9 Jun 2011 NST mengadakan Kem bertempat di range iaitu Lapang Sasar Mantin, tempat latihan kami. Kem ini diadakan hasil kata sepakat semua atlet NST dengan itu Coach Faiz dan Coach Fendi merealisasikan permintaan kami semua. Syukur kepada Tuhan, semua yang dirancang berjalan dengan lancar dengan kerjasama dan semangat berpasukan semua yang terlibat.

Suasana Malam di Range

Setiap 45 minit kawasan range akan dironda oleh ahli yang bertugas demi keselamatan team yang lain. Semua atlet NST menyertai kem ini dengan penuh semangat. Betapa seronoknya apabila kami dapat bersama-sama seperti adik beradik. 1 team 1 family. Makan bersama, menonton tv bersama, menjayakan program bersama dan segalanya bersama mengeratkan kami lagi sebagai satu TEAM!

Dinner time

Beberapa aktiviti yang menguji kekuatan diri dan kewarasan mental telah dilakukan dan majoriti kesemua atlet dapat melakukannya dengan tenang dan bergaya. Keesokan harinya, sedikit fitness telah dilakukan untuk memastikan kecergasan badan berada dalam keadaan yang baik. Badan cergas otak cerdas, itu yang dititik beratkan dalam bersukan.

Selepas sarapan pagi, beberapa aktiviti dijalankan yang mementingkan semangat berpasukan, sepakat dan keikhlasan. Pengalaman terindah bersama team.

Seorang lelaki telah menculik wanita India 
bersama seorang lelaki Melayu di rumah wanita Cina 
seorang lelaki India ditangkap bersama wanita Cina

 

Ujian telah dibuat selepas kem ini selesai.
Semangat juang kian membara.
Kekuatan diri mula terserlah.
Hati-hati! silent killer!

Sesi Bergambar di Range Mantin

Sesi bergambar. Agenda ini julung kalinya dilakukan oleh NST secara eksklusif. Pada 8 Jun 2011 melambangkan NST kini semakin matang dan sudah bersedia berjuang untuk nama Negeri Sembilan. Focusnya untuk gegarkan SUKMA XIV tahun hadapan. Kawasan pengambaran tentunya di range, Lapang Sasar Mantin.


p/s : Suresh a/l Selvan tidak dapat menghadirkan diri untuk sesi bergambar kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

NST 2011

TEAM RIFLE

TEAM PISTOL









Kejohanan Sport Excel 2 dan NSAM President Ally T.H Ong Trophy

Thursday, 2 June 2011

Kejohanan Sport Excel 2 dan NSAM President Ally T.H Ong Trophy telah berlangsung pada 26 Mei 2011 - 29 Mei 2011 di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang. Kejohanan kali ini kontijen Negeri Sembilan telah dibarisi oleh 6 atlet pistol dan 5 atlet rifle diiringi Coach Faiz, Coach Fendi dan S.D.O, Pn. Zaria ditemani kak Nadia.

Inilah hotel penginapan kami.

Hari demi hari berlalu, kami lalui dgn penuh semangat dan kudrat yang kental. Syukur kepada Tuhan, usaha kami telah dibalas dengan kejayaan. Pada hari Sabtu bersamaan 28 Mei 2011 Negeri Sembilan Shooting Team (NST) menghadiri majlis penyampaian hadiah dengan membawa pulang 2 Perak dan 4 Gangsa untuk Sport Excel 2nd. 



Perak untuk 10m Air Pistol dan 50m Free Pistol serta Gangsa untuk 25m Rapid Fire, 25m Standard Pistol dan 10m Air Pistol individu dan berpasukan.

Bronze medal for 25m Rapid Fire (1st medal)
Silver and Bronze medal for 10m Air Pistol

Manakala untuk kejohanan senior iaitu NSAM President Ally T.H Ong Trophy Negeri Sembilan telah menggondol 2 Perak dalam acara 10m Air Pistol dan 50m Free Pistol yang dimenangi oleh Jasmi dan Suresh.

Selain itu, dalam kebanyakan prestasi adalah meningkat dan percubaan yang baik. Kejayaan ini adalah sebagai permulaan untuk semua penembak Negeri Sembilan meningkatkan lagi usaha dan lebih bersemangat.



Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 1/2011 Terengganu

Sunday, 20 March 2011
Nan nan nan nan na Ganu kite he.... :)

Kejohanan ini telah berlangsung pada 15 Mac 2011 - 17 Mac 2011 berlangsung di Kompleks Lapang Sasar Menembak Gong Kuin 2, Terengganu. Kontijen Negeri Sembilan iaitu Negeri Sembilan Shooting Team (NST) dibarisi 7 penembak bawah 16 tahun. Mad, Syakir, Najmi, Zatul, Fatin, Ika dan Atie. Skuad juga diiringi oleh 2 org senior iaitu Jasmi dan Lutfi. Coach Faiz mestilah ikut skali.

Perjalanan kami selama 8jam menyebabkan ketibaan kami ke destinasi pada sebelah malam. Walau bagaimanapun dengan semangat yang membara untuk hari kejohanan keesokkan harinya, barisan NST bawah 16 tahun masih segar untuk menyesuaikan diri dengan lapang sasar di Terengganu. Hal ini adalah untuk menjadi pemangkin kejayaan mereka.

Motivasi daripda Coach Faiz sebaik sahaja tiba.

Acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Menembak Pelapis Negeri atau lebih dikenali sebagai Karnival Pelapis adalah acara 10m sahaja iaitu Air Pistol dan Air Rifle. Mad, Najmi dan Fatin kejohanan ini adalah kejohanan pertama mereka. Mereka dapat melaluinya dengan cemerlang walaupun pertama kali.

Atie telah berjaya mendapatkan Gangsa untuk Negeri Sembilan. Semangat kentalnya dapat dilihat di final dengan kedudukan di tempat ke 4. Dengan azam yg jitu dan tidak mempedulikan penembak yang lain Atie berjaya menempatkan dirinya di tempat ke 3. Hal ini memberi motivasi kepada skuad bawah 16 tahun agar meneruskan usaha mereka. Terus dan terus!

Atie berada dikedudukan ke 4 (Final)
Gangsa untuk Atie!
Mad kedua dari kanan

Mad yang pertama kali menyertai kejohanan telah membuat kejutan dengan memasuki final di tempat ke 7. Suatu permulaan yang baik untuk Mad melipat kali gandakan usaha ke arah yang lebih jauh.Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk semua atlet NST.

Skuad NST bawah 16 Tahun

Gyming

Saturday, 29 January 2011
Pada hari Sabtu dalam bulan Januari, kami telah berkumpul untuk melakukan sedikit senaman kecergasan di Gym Rakyat Rahang, Negeri Sembilan. Masing-masing menunjukkan disiplin yang bagus dan semangat yang membara dalam menjalani tahun baru selepas SUKMA XIII di Melaka.


Walaupun kami sudah membawa haluan masing-masing, ada yang sudah mula belajar, ada yang  sudah menyambung pengajian dan ada juga yang sudah bekerja namun masih meluangkan masa untuk team. Menjayakan program yang dirancang coach dan memberi semangat kepada rakan sepejuang yang lain. Inilah yang harus dicontohi oleh semua atlet iaitu team spirit.



Walau apa dugaan yang datang, kami Negeri Sembilan Shooting Team 
akan redah sehingga ke titisan darah yang terakhir!

Happy New Year Activity 2011

Thursday, 6 January 2011


Semua orang menyambut tahun baru, tidak terlepas juga kami atlet menembak Negeri Sembilan. Walaupun cara berbeza tetapi tetap tujuan yang satu, meraikan kedatangan 2011. Bagi kami seorang atlet pasti menyambut tahun baru dengan sesuatu aktiviti yang menguji daya ketahanan badan dan stamina. Kami memilih untuk melakukan aktiviti mendaki bukit yang berada di belakang Lapang Sasar Mantin (range) yang pernah kami daki pada setahun yang lalu. 


Tugu binaan NST 2010
Setahun yang lalu kami mendaki bukit tersebut dan membina tugu serta berkemah sebagai penanda bahawa kami sudah sampai di atas puncak tersebut. Jadi kami berhasrat untuk mendaki semula melihat keadaan di atas sana selepas setahun kami tinggalkan.

Kami bergerak naik kira-kira jam 9.00 pagi dan tiba di kawasan tersebut anggaran jam 10.30 pagi. Kelihatan kawasan itu sudah ditumbuhi rumput-runput yang menjalar. Tugu dan kemah kami juga sudah rebah mencium bumi, kemungkinan angin dan hujan. Berhampiran dengan kawasan itu juga terdapat beberapa pokok yang disambar petir berdasarkan kesannya.

Yummy!
 Langkah pertama semestinya membersihkan kawasan seterusnya kami dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan mendirikan kemah dan menyediakan makanan. Bezanya kali ini junior kami mengikuti aktiviti ini jadi mereka dapat mempelajari apa itu teamwork dan team spirit. Dengan kemah itu dapatlah kami menikmati makanan yang disediakan, mee maggie. Sedap gak bila dah lapa an. hehehe.



Skuad NST, pendaki bukit mantin

Kira-kira jam 2.00 ptg kami turun dan tiba di range jam 3.00 ptg. Untuk menghilangkan tekanan setelah penat mendaki bukit, kami pergi mandi air terjun di Jeram Toi, Negeri Sembilan. Sempat juga kami melakukan beberapa aktiviti yang menguji ketahankan fizikal dan mental seperti menahan diri dalam jatuhan air terjun dan menahan nafas di dalam air.


Relaxation

Begitulah cara kami menyambut kehadiran 2011 dengan azam yang baru 
dan semangat yang lebih berganda!