Semua orang menyambut tahun baru, tidak terlepas juga kami atlet menembak Negeri Sembilan. Walaupun cara berbeza tetapi tetap tujuan yang satu, meraikan kedatangan 2011. Bagi kami seorang atlet pasti menyambut tahun baru dengan sesuatu aktiviti yang menguji daya ketahanan badan dan stamina. Kami memilih untuk melakukan aktiviti mendaki bukit yang berada di belakang Lapang Sasar Mantin (range) yang pernah kami daki pada setahun yang lalu.
|
Tugu binaan NST 2010 |
|
Setahun yang lalu kami mendaki bukit tersebut dan membina tugu serta berkemah sebagai penanda bahawa kami sudah sampai di atas puncak tersebut. Jadi kami berhasrat untuk mendaki semula melihat keadaan di atas sana selepas setahun kami tinggalkan.
Kami bergerak naik kira-kira jam 9.00 pagi dan tiba di kawasan tersebut anggaran jam 10.30 pagi. Kelihatan kawasan itu sudah ditumbuhi rumput-runput yang menjalar. Tugu dan kemah kami juga sudah rebah mencium bumi, kemungkinan angin dan hujan. Berhampiran dengan kawasan itu juga terdapat beberapa pokok yang disambar petir berdasarkan kesannya.
|
Yummy! |
Langkah pertama semestinya membersihkan kawasan seterusnya kami dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan mendirikan kemah dan menyediakan makanan. Bezanya kali ini junior kami mengikuti aktiviti ini jadi mereka dapat mempelajari apa itu teamwork dan team spirit. Dengan kemah itu dapatlah kami menikmati makanan yang disediakan, mee maggie. Sedap gak bila dah lapa an. hehehe.
|
Skuad NST, pendaki bukit mantin |
Kira-kira jam 2.00 ptg kami turun dan tiba di range jam 3.00 ptg. Untuk menghilangkan tekanan setelah penat mendaki bukit, kami pergi mandi air terjun di Jeram Toi, Negeri Sembilan. Sempat juga kami melakukan beberapa aktiviti yang menguji ketahankan fizikal dan mental seperti menahan diri dalam jatuhan air terjun dan menahan nafas di dalam air.
|
Relaxation |
Begitulah cara kami menyambut kehadiran 2011 dengan azam yang baru
dan semangat yang lebih berganda!