Siapa Punya Repelling Cantik? (SPRC)

Monday, 2 July 2012
Video SPRC siapa yang mendapat view dan like terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang repelling tercantik.. tarikh tutup pada 1 September.. dan pemenang akan di umumkan pada 2 Sept 2012.. Siapa yang ada je videonya yang akan dipertandingankan.. Semoga berjaya!!
SHARE TO YOUR FRIENDS

Like dan view!
Playlist

Jasmi
Amir Hasif
Aishah
Amar Yasir
Ammaar
Aqilah
Atie
Buddy
Imad
Izzah
Shamier
Lutfi
Najmi
Nieti
Suresh
Adelina
Ez's Siblings
Yani
Hazwani
Profesional

Repelling at JPAM

Sunday, 1 July 2012

Pada Sabtu, 30 jun 2012 Negeri Sembilan Shooting Team (NST) telah pergi ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di labu untuk melakukan aktiviti repelling yang di conduct oleh crew Eagle Eyes darianggota JPAM sendiri

Aktiviti ini adalah untuk menguji atau membina keberanian, keyakinan dan semangat setiap atlet NST. Pada hari tersebut juga merupakan satu persiapan untuk atlet NST yang akan mewakili Negeri Sembilan ke SUKMA ke-15, Pahang pada 7 Julai ini.






VIDEO!!

Jeram Toi

Sunday, 24 June 2012


Setelah penat all out training kami relaxkan minda dengan mandi air terjun di jeram toi !!! Air terjun yang turun ke badan seperti kena sepak berkali-kali dgn jutaan manusia. Sejuknya yang mmg akan mengecutkan otot2 badan. Sungguh Relax~


Esok akan mulakan hari2 training kami yang all out! Never give up!

Majlis Penyerahan Bendera Kontijen SUKMA NSE

Wednesday, 20 June 2012

Majlis ini menghimpunkan kesemua sukan yang akan menggalas cabaran di Sukan Malaysia ke 15 nanti di Kuantan, Pahang. NST sume dok depan! kali ni kami mmg nak masuk surat khabar.. hehehehe..

"Jadilah atlet yang sejati!"

Gambar ini masuk Paper Sinar :)

Operasi Broga

Sunday, 17 June 2012



Operasi broga! menghimpukan kesemua atlet NST tiada yang terkecuali dalam aktiviti ini. Mulanya kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Perfect 10, Eagle eyes, Super Shooter dan Golden Trigger.

Perfect 10

Super Shooter

Golden Trigger
p/s : Eagle Eyes's picture elek :-P


Kami diberi telur untuk dijaga dalam operasi ini. Naik bukit dan terun bukit. Sebelum operasi diteruskan kami diberi tugasan untuk membuat banner yang akan dicacak di puncak Bukit Broga. Menambahkan cabaran kami apabila ketika kami naik ke atas, hujan turun dengan lebat. Walaubagaimanapun, kami tetap nekad untuk naik menggalas cabaran ini.

Setibanya kami di check point kami perlulah mencari clue iaitu kain yang sama warna dgn warna bendera kumpulan kami. Sekeliling clue tersebut ada task yang kami perlu sempurnakan dahulu sebelum meneruskan perjalanan naik ke puncak bukit broga.


Tiba kami di puncak sedikit aktiviti dilakukan dan kami berarak ke puncak yang lebih tinggi untuk menggantungkan banner NST khas SUKMA 15, Pahang.




Semoga banner ini menjadi salam kami kepada semua manusia yang mendaki bukit broga ini. Dengan harapan mereka mendoakan kejayaan kami. Membawa maruah Negeri Sembilan. 

36th South East Asia Shooting Association 2012 (SEASA)

Friday, 1 June 2012

Kejohanan ini menghimpunkan negara-negara asia tenggara antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Filiphina, China Taipei, Hong Kong, Macau, Vietnam, Singapura. Tahun ini Malaysia menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini. Oleh itu, Majlis Sukan Negara (MSN) telah memilih 14 orang atlet negeri dan 10 orang atlet pelapis kebangsaan untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan ini.

Atlet NST yang terpilih ialah Jasmi bin Mohamad Zin, Suresh a/l Selvan dan Muhamad Lutfi bin Osman. Jasmi tembak dalam acara Air Pistol, Rapid Fire dan Standard Pistol. Suresh Air Pistol dan Free Pistol. Lutfi dalam acara Prone 50 meter.




Suresh
Gold 50m Free Pistol Individual
Gold 50m Free Pistol Team
Silver 10m Air Pistol Team

Jasmi
Gold 25m Rapid Fire Pistol Team
Gold 25m Standard Pistol Team
Silver 10m Air Pistol Team
Bronze 10m Air Pistol Individual

Lutfi
Bronze 50m Prone Individual

Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 1/2012 Pahang

Sunday, 27 May 2012
Kejohanan ini diadakan di range Pahang. Kejohanan ini juga merupakan satu peluang untuk atlet2 sukma menjejakkan kaki ke range pahang sebagai persiapan. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan dan tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya ini bukan satu jalan terakhir untuk anda.

Team Rifle Under 16
Team Pistol Women Under 16
Najmi Bronze Medal Air Rifle Individual

NST Silver Medal Air Pistol Team (Ika Kecik, Ika panjang, Wanie)


p/s : Team Pistol Men Imad dan Ezwa

Chia Who Trophy 2012

Tuesday, 15 May 2012

Kejohanan ini merupakan kejohanan khas untuk para senior. Namun Negeri Sembilan menghantar wakil untuk bersaing dan mengekalkan momentumnya. Antara atlet NST yang menyertai ialah Jasmi, Amir, Suresh, Lutfi, Shamier dan Najmi. Alhamdulillah NST membawa pulang Gold Air Pistol dan Bronze Free Pistol dalam kategori team. Aksi cemerlang Jasmi (560) dalam Final Air Pistol dari tempat no 6 naik ke tempat no 4 dan kalah 1 point dengan pemenang no 3 menunjukkan beliau telah melakukan sehabis baik cuma tiada rezeki. Dalam acara Free Pistol pula Suresh (531) – No3 dan Amir (524) – No6 telah memasuki final. Jasmi hanya mendapat tempat ke 9 dgn score 519. Walaupun Suresh gagal mengekalkan 3rd placing untuk memenangi individu, kenaikan prestasi itu lebih penting.  Menang adalah bonus. Amir pula merupakan kali pertama memasuki final. Manakala Lutfi Final Prone placing no 4. Ini merupakan kali pertama beliau memasuki final dalam acara tersebut. Walaupun Lutfi jatuh ke tempat no 6 yang penting adalah score yang meningkat.

Majlis Sukan Universiti Malaysia 2012 (MASUM)

Monday, 30 April 2012

1st , 2nd & 3rd placer


Seorang daripada NSE shooting team telah menempatkan diri dalam kejohanan MASUM 2012 pada April tahun ini. Julung kalinya atlet menembak Negeri Sembilan menyertai kejohanan sebegini. Atlet tersebut adalah Jasmi bin Mohamad Zin dan beliau berjaya memperolehi Broze Air Pistol dalam kategori individu. Jasmi telah mewakili Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan beliau merupakan satu-satunya atlet menembak daripada USIM. Tempat pertama Zafri (UIAM) dan 2nd placing is Hasli (UITM)

Sport Excell 3rd 2012

Tuesday, 10 April 2012

Kejohanan ini telah berlangsung pada pertengahan bulan April. Tahniah kepada Lutfi yang telah membawa pulang Silver dalam acara 50 meter prone (kategori Junior) dgn qualified score 589 dan team prone wanita mendapat bronze yang diwakili oleh Atie, Nieti dan Wanie

 GO NEGERI SEMBILAN GO!

Sport Excell 2nd 2012

Thursday, 1 March 2012

Kejohanan Sport Excel 2nd telah berlangsung  padab awal bulan 3 di Lapang Sasar Kebangsaan Subang. Kejohanan berlangsung selama 5 hari. Alhamdulillah Negeri Sembilan telah merangkul  2 emas, 5 perak dan 3 gangsa. Ini merupakan rekod terbaru Negeri Sembilan. Semoga kejayaan ini membuat atlet-atlet NST semakin kuat berusaha.

Kategori Senior
Silver Individual Air Pistol
Silver Team Air Pistol
 
 Kategori Junior
Gold Individual Air Pistol
Gold Team Air Pistol
Silver Rapid Fire
Silver Team Free Pistol
Silver Individual Air Rifle
Bronze Individual Air Pistol
Bronze Standard Pistol
Bronze Rapid Fire Pistol
   

Tahniah diucapkan kepada semua atlet Negeri Sembilan.. tingkatkan usaha anda dan terus mengejar matlamat individu masing-masing!

February's Birthdays

Tuesday, 28 February 2012
Wanie - 7 Feb
Amir - 13 Feb
Suresh - 16 Feb
Jasmi - 19 Feb

himpunkan semua dan sambut sekali pada 28 Feb.. Ye idea bagus tapi kerja x kemas jadi dah kantoi awal.. kitorang dak senior aku (jas) , amir dan suresh mmg alert la benda2 mcm ni.. Kak Sofea dtg marah2 kitorang gelak je.. bhhahahaha.. Then coach dtg marah2 juga!? bhahahahah!!! padahal da tahu nak prank kitorang berempat.. ehhh bertiga.. wanie blur! x tahu pape..

Macam mana x kantoi.. dak2 ni buat sampai kitorang nampak dorang bawak masuk barang2.. Hhahaha.. Lepas habis training awal, kitorang dak2 senior senyap2 pi cari tepung yang dorang kononnya nak prank kita.. hahaha.. alehkan.. tgk sapa suprise an sapa plak.. :)

Pastu coach panggil bagi taklimat sedikit dan kitorang 4 org ni kena stay.. aku beware je kot2 dorang jumpa tepung yang amir nyurukkan kat meja reception (tapi malangnya tu pun x nmpak.. kesian~) Kitorang kena ketuk ketampi 200 kali.. tgh syok dorang masuk la ramai2 bawak kek.. kitorang wat la mcm touching.. ke belakang.. senyap2 kuar tepung dalam bag suresh dan bermula la! bahahahaha.. dak2 junior x tahu perangai senior macam mana.. sorang je bufday abis sume kena inikan 3 senior nak celebrate skali.. HAAHAHAHA.. dgn coach2 skali kena.. mmg sume yang ada kat situ sume kena la! HAHAHA

Pastu range tu da memutih je.. esok nak g game ni.. bhahaha.. sama2 la kita kemaskan k esok pagi2



Mandi Air Terjun!

Saturday, 25 February 2012
haaaa... lokasi di jeram toi Negeri Sembilan.. mai ramai2
lepas habis dan penat lelah training g mandi ari terjun... Even da petang area kol 3 macam tu pegi mandi air still sejuk!!!!!!! ammar dan ika kecik menggigil bagai nak gila.. yela duduk bandar.. ha nak korang air terjun pure dari gunung.. :)



Bersihkan 25meter

Sunday, 19 February 2012
Selepas selesai training pada 18feb2012 kami atlet pistol NST bergotong royong membersihkan 25m (kami je yang guna range bahagian ni) gotong royong habis jam 1400ptg.. 2 tong air kuning digunakan.. berapa kali ulang alik x kira =.="

tolak air dari toilet

menunggu bekalan air sampai

dah sampai berebut!

bersihkan.. cuci jgn x cuci..


bersungguh2 sampai nak terjatuh!

baru nmpak SDO wat kije..
dah abis air, have fun!



Sport Excel 1st 2012

Pada 1-5 Feb 2012 telah berlangsung kejohanan di Lapang Sasar Subang. Kali ini skuad menembak Negeri Sembilan datang bersama semangat yang baru, semangat SUKMA yang membara. Kejohanan berlaku seperti biasa mengikut jadual pertandingan. Negeri Sembilan dulu turun bawa BENDERA NEGERI SEMBILAN



Khamis - Sport Pistol Man & Air Rifle Man & 3position Rifle Women
Jumaat - Rapid Fire Man & Air Pistol Women & Sport Rifle Man Women
Sabtu - Air Pistol Man, Standard Pistol Man & 3position Rifle Man
Ahad - Free Pistol Man, Sport Pistol Women & Air Rifle Women

Alhamdulillah prestasi pada kejohanan kali ini amat membanggakan dan harap dapat dikekalkan atau ditingkatkan pada kejohanan yang akan datang..

Pada hari pertama, NST tiada apa2 pingat dan hari kedua membawa 1 bronze for junior category  through rapid fire event by Jasmi

Rapid Fire Event Junior

Hari ketiga sabtu Suresh telah memenangi silver untuk acara 10m air pistol dalam ketegori junior dan senior manakala jasmi bronze senior medal..

10m Air Pistol Senior

Hari terakhir Negeri Sembilan Shooting Team telah menambah pungutan pingat dalam acara 50m Free Pistol Team Junior silver dan Team Senior bronze melalui Suresh, Amir dan Jasmi dan bronze 10m Air Rifle Women melalui Ati dalam kategori junior.

"MUSUHNYA HABIS BINASA!!"