Jeram Toi

Sunday, 24 June 2012


Setelah penat all out training kami relaxkan minda dengan mandi air terjun di jeram toi !!! Air terjun yang turun ke badan seperti kena sepak berkali-kali dgn jutaan manusia. Sejuknya yang mmg akan mengecutkan otot2 badan. Sungguh Relax~


Esok akan mulakan hari2 training kami yang all out! Never give up!

Majlis Penyerahan Bendera Kontijen SUKMA NSE

Wednesday, 20 June 2012

Majlis ini menghimpunkan kesemua sukan yang akan menggalas cabaran di Sukan Malaysia ke 15 nanti di Kuantan, Pahang. NST sume dok depan! kali ni kami mmg nak masuk surat khabar.. hehehehe..

"Jadilah atlet yang sejati!"

Gambar ini masuk Paper Sinar :)

Operasi Broga

Sunday, 17 June 2012



Operasi broga! menghimpukan kesemua atlet NST tiada yang terkecuali dalam aktiviti ini. Mulanya kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Perfect 10, Eagle eyes, Super Shooter dan Golden Trigger.

Perfect 10

Super Shooter

Golden Trigger
p/s : Eagle Eyes's picture elek :-P


Kami diberi telur untuk dijaga dalam operasi ini. Naik bukit dan terun bukit. Sebelum operasi diteruskan kami diberi tugasan untuk membuat banner yang akan dicacak di puncak Bukit Broga. Menambahkan cabaran kami apabila ketika kami naik ke atas, hujan turun dengan lebat. Walaubagaimanapun, kami tetap nekad untuk naik menggalas cabaran ini.

Setibanya kami di check point kami perlulah mencari clue iaitu kain yang sama warna dgn warna bendera kumpulan kami. Sekeliling clue tersebut ada task yang kami perlu sempurnakan dahulu sebelum meneruskan perjalanan naik ke puncak bukit broga.


Tiba kami di puncak sedikit aktiviti dilakukan dan kami berarak ke puncak yang lebih tinggi untuk menggantungkan banner NST khas SUKMA 15, Pahang.




Semoga banner ini menjadi salam kami kepada semua manusia yang mendaki bukit broga ini. Dengan harapan mereka mendoakan kejayaan kami. Membawa maruah Negeri Sembilan. 

36th South East Asia Shooting Association 2012 (SEASA)

Friday, 1 June 2012

Kejohanan ini menghimpunkan negara-negara asia tenggara antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Filiphina, China Taipei, Hong Kong, Macau, Vietnam, Singapura. Tahun ini Malaysia menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini. Oleh itu, Majlis Sukan Negara (MSN) telah memilih 14 orang atlet negeri dan 10 orang atlet pelapis kebangsaan untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan ini.

Atlet NST yang terpilih ialah Jasmi bin Mohamad Zin, Suresh a/l Selvan dan Muhamad Lutfi bin Osman. Jasmi tembak dalam acara Air Pistol, Rapid Fire dan Standard Pistol. Suresh Air Pistol dan Free Pistol. Lutfi dalam acara Prone 50 meter.




Suresh
Gold 50m Free Pistol Individual
Gold 50m Free Pistol Team
Silver 10m Air Pistol Team

Jasmi
Gold 25m Rapid Fire Pistol Team
Gold 25m Standard Pistol Team
Silver 10m Air Pistol Team
Bronze 10m Air Pistol Individual

Lutfi
Bronze 50m Prone Individual