Operasi broga! menghimpukan kesemua atlet NST tiada yang terkecuali dalam aktiviti ini. Mulanya kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Perfect 10, Eagle eyes, Super Shooter dan Golden Trigger.
| Perfect 10 |
| Super Shooter |
| Golden Trigger |
Kami diberi telur untuk dijaga dalam operasi ini. Naik bukit dan terun bukit. Sebelum operasi diteruskan kami diberi tugasan untuk membuat banner yang akan dicacak di puncak Bukit Broga. Menambahkan cabaran kami apabila ketika kami naik ke atas, hujan turun dengan lebat. Walaubagaimanapun, kami tetap nekad untuk naik menggalas cabaran ini.
Setibanya kami di check point kami perlulah mencari clue iaitu kain yang sama warna dgn warna bendera kumpulan kami. Sekeliling clue tersebut ada task yang kami perlu sempurnakan dahulu sebelum meneruskan perjalanan naik ke puncak bukit broga.
Tiba kami di puncak sedikit aktiviti dilakukan dan kami berarak ke puncak yang lebih tinggi untuk menggantungkan banner NST khas SUKMA 15, Pahang.
Semoga banner ini menjadi salam kami kepada semua manusia yang mendaki bukit broga ini. Dengan harapan mereka mendoakan kejayaan kami. Membawa maruah Negeri Sembilan.



0 comments:
Post a Comment